Sejarah Dengkil
Hallo ,selamat datang di halaman kami. #SejarahDengkil SEJARAH DENGKIL PENGENALAN KEPADA ASAL USUL NAMA DENGKIL Dengkil merupakan sebuah kampung yang luas dan meliputi beberapa buah kampung lain. Kampung ini mempunyai keluasan tanah kira-kira 5310 ekar. Menurut sumber lisan suatu ketika dahulu, terdapat dua sumber yang menyatakan bahawa nama Dengkil ini telah diberi oleh seorang Tok Batin di kalangan kaum Orang Asli yang bernama Tok Batin Nalih a/l Jembik. Beliau menamakan kampung ini sebagai ‘Dingkil’ yang membawa maksud buah durian yang tidak berisi tetapi mempunyai biji yang besar. Pada ketika itu terdapat banyak pokok durian hidup di tebing Sungai Langat yang kerap berbuah dan disebut oleh orang Asli sebagai ‘Dingkil’. Dan lama kelamaan sebutannya telah berubah menjadi Dengkil. Selain itu, ada pula yang menyatakan bahawa nama Dengkil berasal dari Sungai Langat yang ‘Dengkat’ atau maksud lain ka...